Kelebihan dan kekurangan menggunakan sistem reseller dalam perniagaan.

Kelebihan Sistem Ejen :
1.Boleh menjimatkan masa
Pemilik perniagaan dapat menjimatkan lebih banyak kos perbelanjaan apabila mereka merekrut ejen jualan jika dibandingkan dengan mengambil pekerja tetap. Kos overhead yang merupakan kos terbesar merangkumi gaji pekerja, sewa bangunan, bil-bil dan harta pemilikan syarikat dapat dikurangkan. Tambahan lagi, penjimatan masa berulang-alik ke tempat kerja serta tekanan di tempat kerja yang dihadapi oleh pemilik dan pekerja syarikat di sesuatu premis perniagaan dapat dielakkan.
Justeru, penjimatan kos yang banyak ini dapat digunakan untuk melatih ejen-ejen jualan seperti memberikan kursus, bengkel untuk membantu ejen meningkatkan ilmu dan strategi pemasaran serta cara mencapai target jualan yang ditetapkan oleh mereka.
Merekrut ejen dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sebagaimana pengambilan pekerja yang tetap yang perlu disertai bayaran elaun-elaun seperti faedah kesihatan dan bonus tahunan. Ejen dibayar dengan wang komisyen menurut kebolehan mereka memasarkan produk. Oleh itu, syarikat boleh mengambil seberapa ramai ejen yang dikehendaki bagi memperoleh rangkaian jualan yang lebih luas dan lebih dikenali.
2. Pembelajaran melalui perkongsian
Pembangunan komuniti ejen dalam sesebuah organisasi dapat membantu ejen-ejen yang lain untuk belajar melalui perkongsian masing-masing. Setiap pengalaman ejen menjadi panduan dan teladan kepada ejen lain untuk meningkatkan prestasi kerja mereka dan memberi manfaat serta kebaikan sesama mereka. Mereka juga dapat memberi nasihat dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh sesetengah ejen yang buntu dalam menghadapi kerenah pelanggan.
3. Lebih senang untuk direkrut
Proses merekrut ejen lebih senang kerana syarat menjadi seorang ejentidak memerlukan kemahiran tertentu atau tahap akademik yang tinggi.
Ejen-ejen yang menjual produk juga mempunyai kelebihan masa yang fleksibel dan lokasi jualan yang tidak tetap di suatu tempat. Oleh itu, sangat sesuai untuk mereka yang ingin menjadi ejen sebagai pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan bulanan.
Kriteria yang paling penting untuk menjadi seorang ejen adalah untuk sentiasa bersikap ramah terhadap pengguna dan berfikiran terbuka untuk belajar banyak pengetahuan baru dalam bidang ini. Nilai tambahan bagi seorang ejen jualan adalah mereka yang mempunyai pengalaman dalam sektor jualan.
4. Mudah mendekati pelanggan dari pelbagai latar belakang
Kebanyakan ejen yang memilih untuk menjual sesuatu produk mempunyai target pelanggan mereka tersendiri. Statistik dari HubSpot melaporkan 60% daripada pengguna ingin menghubungi seorang ejen jualan apabila sedang mempertimbangkan pilihan produk yang ingin dibelinya. Target pelanggan mereka mungkin terdiri daripada kenalan dari tempat kerja atau jiran-jiran dari kawasan perumahan masing-masing.
Ini akan meningkatkan lagi kepercayaan dan branding produk dengan ramai pelanggan dari pelbagai aspek latar belakang dan akan lebih dikenali orang ramai. Ejen jualan produk akan membina database baru bagi bakal pelanggan dan meningkatkan kredibiliti antara pelanggan-pelanggan sedia ada. Dengan ini, pengetahuan tentang industri pasaran semasa boleh terus dikaji oleh syarikat untuk meningkatkan strategi pemasaran untuk masa akan datang.
5. Dapat memberi fokus kepada pembangunan syarikat
Ahli perniagaan dapat memberi lebih fokus kepada pembangunan syarikat kerana ejen-ejen yang menjual produk mereka banyak membantu syarikat menjadi lebih dikenali orang ramai dan menambah pendapatan syarikat. Kredibiliti ejen-ejen jualan tidak dapat dipertikaikan kerana mereka secara tidak langsung menjadi orang tengah untuk lebih mengenali produk keluaran syarikat dan pengguna mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk membeli dari orang yang mereka kenal dan percayai. Maka, ini membuka jalan untuk syarikat jualan produk tersebut merangka strategi pemasaran berkesan untuk membina lagi kepercayaan pengguna melalui saluran penjualan dan pemasaran yang lain seperti platform sosial dan e-dagang.
No Comments